Mencari kekuatan diri Dalam Perjuangan Menuntut Ilmu


10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13


Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.


1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.


2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.


3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.


4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.


5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT


7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.


8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
 

9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
 

10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

Aurat Wanita


1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " 
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki
( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "

 
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . 


Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali : pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31

" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " 

Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ..Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu .
Allah maha pengampun lagi maha penyayang "
Al Ahzab : 59

13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan mentaati suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan dilaut, malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

6 Pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna

 1. Sentiasa berusaha membaca Al-Quran dan cuba mengkhatamnya selewat-lewatnya 1 juzuk sekali atau paling cepat 3 hari sekali.

2. Baiki bacaan Al-Quran dan sentiasa mendengarnya. Disamping itu, hendaklah sentiasa mengkaji sirah Rasullullah SAW dan sejarah para salaf bersesuaian dengan ruang yang ada.

3. Berusaha dengan lebih gigih membaca hadis Nabi SAW serta menghafal 40 susunan Imam Al-Nawawi. Tidak ketinggalan juga untuk mempelajari asas-asas akidah dan cabang-cabang Ilmu Feqh.

4. Hendaklah sentiasa bermuraqabah dengan Allah SWT serta memperbanyak mengingati akhirat dan bersedia untuknya. Disamping itu, bersemangat tinggi mencapai keperibadian dan akhlak untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

5. Memperbanyak amalan sunat seperti qiammulail, berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari sebulan, memperbanyak zikir qalbi dan zikir-zikir lisan serta doa-doa yang tertentu mengikut kesesuaian suasana.

6. Hendaklah sentiasa bersedia dan mengekalkan niat untuk berjihad pada jalan Allah SWT berserta niat dan cita-cita untuk mati syahid.

Cara-cara Untuk mengikuti pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna

1. Memperbetulkan niat dengan sentiasa memperteguhkan keimanan.

2. Sentiasa berusaha menyingkap rahsia-rahsia ibadah serta memperbanyak amal-amal sunat.

3. Sentiasa mengingati mati, suasana di dalam kubur, muhasabah harian di samping memperbanyakkan tasbih dan istighfar.

4. Solat berjemaah di masjid dengan khusyuk terutama solat isyak dan kerana kelebihan yang dimiliki oleh ke dua-dua solat itu.

5. Menjaga wirid Al-Mathurat dan Al-Quran, solat witir, dhuha, dan qiamulail.

6. Menghulurkan sedekah.

7. Menunaikan haji dan umrah.

8. Sentiasa mengikuti program ibadah.

sumber: http://niagamaya.com

5 Keistimewaan Al- Quran

 
Al-Quran adalah sumber utama bagi umat Islam. Al-Quran merupakan rujukan kepada ilmuan Islam kerana di dalamnya terdapat pelbagai ilmu yang merangkumi Aqidah, fahaman, prinsip, ukuran, aspek ibadat, syiar akhlak, adab undang-undang dan syariat.

Ia adalah cahaya yang menerangi dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat. Ia juga adalah ruh. Ruh bersifat mengerak dan menghidupkan. Bagi umat Islam adalah digalakkan memperelokkan bacaan Al-Quran dan menghafaz setakat mana yang mampu serta membacanya sekiranya ada peluang.

Keistimewaan Al-Quran:

1. Kalam Allah SWT yang tidak berbaur dengan fahaman manusia yang menyeleweng.

2. Mudah. Allah SWT mempermudahkan pembacaannya, memahaminya, dan mengamalkannya.

3. Mukjizat. Allah SWT telah mencabar orang Arab untuk mencipta satu ayat seperti dalam Al-Quran namun mereka gagal.

4. Kekal abadi. Ianya tidak tertentu untuk satu generasi sahaja bahkan ia adalah kitab yang terakhir bagi seluruh umat manusia.

5. Menyeluruh. Al-Quran mengumpulkan asas petunjuk kepada setiap kehidupan manusia.

Tarikh Qiamat berpandukan al-Quran bukan teori manusia


SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1) Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.

2) Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.

3) Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan

4) Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem ’2012′ dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

1. Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

2. Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

3. Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

4. Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.

Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.

Oleh ZUARIDA MOHYIN
http://epondok.wordpress.com/ 

Persoalan Saf Dalam Solat Jemaah



 Saya ada beberapa soalan,

1. Apakah syarat untuk kita mengimamkan seseorang? adakah jemaah itu terputus sekiranya kita dipisahkan oleh dinding? ataupun tak kisah, asalkan cukup sekiranya kita tau perbuatan imam?

2. Apakah hukum kepada saf yang ditengah2 terdapat tiang binaan di masjid? adakah saf terputus di antara tiang itu?

3. Apakah hukum kepada lelaki dan perempuan yang duduk sebumbung dalam satu bangunan? sebab ada pendapat kata tak boleh? bagaimana pula dengan orang yang duduk dalam rumah flat? 



Syarat Sah Imam Untuk menjadi Imam.
1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini
kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut
tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat
sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu
berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam
solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak
sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan
sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang
sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi
makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang
diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di
zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh
tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh
seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu
atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata
maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang
berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama
ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya
kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui
rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada
seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi
solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang
yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak
mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang
sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak
harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah
mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh
diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk
itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang
mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia
bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak
sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang
solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah:
terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari
solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya
wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum
maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam
atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya :
al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang
asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada
Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada
keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh
ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam.
Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama
menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat
al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi
imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi
Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang
yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan
oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang
yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie
yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau
solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab
Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum
itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu
tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab
Syafie adalah makruh.

Jawapan:-
Jemaah mengikut Imam, yakni seiring tumpu Tuhan di dalam Solat.  Selagi makmum mengikut imam selagi itulah berjemaah.
Lelaki dan wanita yang mukallaf melaksanakan solat berjemaah, wanita berada di belakang, dan bukan serentak.

Haidh


WARNA KERUH DAN KUNING SEMASA HAID

Soalan;
Saya ada 1 kemusykilan berkaitan dengan kedudukan darah berwarna kuning dan keruh; Jika seseorang wanita yang kebiasanya datang haid dalam tempoh 5-6 hari. Selepas melahirkan anak beliau mendapati selepas hari ke-6 masih terdapat cecair berwarna kuning dan keruh, dan ianya berlarutan hinggalah hari ke-10. . . Persoalannya adakah warna keruh dan kuning keluar (diluar kebiasaan) itu masih dikira haid? apakah beliau boleh melaksanakan ibadah seperti wanita suci? Mohon penjelasan ustaz..Terima kasih.

Jawapan;

Warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh
Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah (sila baca di; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).

Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, kitab al-Haidh, bab al-Mustahadhah.
2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Ruysd, 1/73.
3. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/458.
4. Aunul-Ma’bud, Allamah Abi at-Tayyib, 1/331.
5. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/387-392.
5. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 77.
6. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 34, 50-51.
Copyright@All Rights Reserved Kafa An - Najihin