Persoalan Saf Dalam Solat Jemaah



 Saya ada beberapa soalan,

1. Apakah syarat untuk kita mengimamkan seseorang? adakah jemaah itu terputus sekiranya kita dipisahkan oleh dinding? ataupun tak kisah, asalkan cukup sekiranya kita tau perbuatan imam?

2. Apakah hukum kepada saf yang ditengah2 terdapat tiang binaan di masjid? adakah saf terputus di antara tiang itu?

3. Apakah hukum kepada lelaki dan perempuan yang duduk sebumbung dalam satu bangunan? sebab ada pendapat kata tak boleh? bagaimana pula dengan orang yang duduk dalam rumah flat? 



Syarat Sah Imam Untuk menjadi Imam.
1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini
kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut
tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat
sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu
berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam
solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak
sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan
sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang
sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi
makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang
diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di
zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh
tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh
seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu
atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata
maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang
berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama
ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya
kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui
rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada
seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi
solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang
yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak
mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang
sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak
harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah
mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh
diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk
itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang
mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia
bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak
sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang
solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah:
terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari
solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya
wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum
maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam
atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya :
al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang
asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada
Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada
keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh
ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam.
Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama
menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat
al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi
imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi
Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang
yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan
oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang
yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie
yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau
solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab
Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum
itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu
tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab
Syafie adalah makruh.

Jawapan:-
Jemaah mengikut Imam, yakni seiring tumpu Tuhan di dalam Solat.  Selagi makmum mengikut imam selagi itulah berjemaah.
Lelaki dan wanita yang mukallaf melaksanakan solat berjemaah, wanita berada di belakang, dan bukan serentak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright@All Rights Reserved Kafa An - Najihin